TEKS BAHASA ARAB
كان يصلي من [الليل] التطوع ثماني ركعات؛ وبالنهار ثنتي عشرة ركعة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda biasa solat sunat [malam] sebanyak lapan rakaat, manakala pada waktu siang dua belas rakaat.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 339, hadis nombor 1779. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي – رَضِىَ اللَّهُ عَنْهَ -، قال: ((كَانَ يُصَلِّي مِنْ [الليل] التَّطَوُّعِ ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ؛ وَبِالنَّهَارِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً)). [عم، ع، ((الضعيفة)) (6232)].
(Munkar) Daripada Ali RA, beliau menceritakan: “Baginda biasa solat sunat [malam] sebanyak lapan rakaat, manakala pada waktu siang dua belas rakaat.” [Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawa’id al-Musnad dan Abu Ya’la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6232].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.
sebanyak lapan rakaat, manakala pada waktu siang dua belas rakaat]