TEKS BAHASA ARAB
ما زال يقنت في الفجر حتى فارق الدنيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda berterusan qunut pada solat subuh sehingga baginda meninggalkan dunia.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 327, hadis nombor 1721. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: ((ما زال يقنت في الفجر حتى فارق الدنيا)). [عب، حم، قط، هق، الطحاوي، البغوي، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (5574)].
(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata: Baginda berterusan qunut pada solat subuh sehingga baginda meninggalkan dunia. [Riwayat Abdul Razzaq dalam al-Musannaf, Ahmad dalam al-Musnad, al-Daraqutni dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam al-Sunan, al-Tahawi dalam Sharh al-Ma‘ani, al-Baghawi dalam Sharh al-Sunnah dan Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah; lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5574].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.