Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا زَالَ يَقْنُتُ فِي الْفَجْرِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا.
Teks Bahasa Melayu
Baginda berterusan qunut pada solat subuh sehingga baginda meninggalkan dunia.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 327, hadis no. 1721. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: ((ما زال يقنت في الفجر حتى فارق الدنيا)). [عب، حم، قط، هق، الطحاوي، البغوي، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (5574)].
(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata: Baginda berterusan qunut pada solat subuh sehingga baginda meninggalkan dunia. [Riwayat Abdul Razzaq dalam al-Musannaf, Ahmad dalam al-Musnad, al-Daraqutni dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam al-Sunan, al-Tahawi dalam Sharh al-Ma‘ani, al-Baghawi dalam Sharh al-Sunnah dan Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah; lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5574].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman