Baginda bertakbir pada solat Subuh hari Arafah sehingga solat Asar pada hari Tasyriq terakhir

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يكبر في صلاة الفجر يوم عرفة إلى صلاة العصر من آخري أيام التشريق؛ حين يسلم من المكتوبات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda bertakbir pada solat Subuh hari Arafah sehingga solat Asar pada hari Tasyriq terakhir ketika baginda selesai memberi salam dalam solat fardhu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 754, hadis nombor 3861. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما-، قال: ((كان يكبر في صلاة الفجر يوم عرفة إلى صلاة العصر من آخري أيام التشريق؛ حين يسلم من المكتوبات)).
[الطبراني في ((جز فضل عشر ذوالحجة))، قط، هق، ((الضعيفة)) (5578)]

(Palsu) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Baginda bertakbir pada solat Subuh hari Arafah sehingga solat Asar pada hari Tasyriq terakhir ketika baginda selesai memberi salam dalam solat fardhu.
[Riwayat al-Tabarani dalam Juz Fadhl Asyr Zulhijjah, Sunan al-Daraqutni dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5578]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.