Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يُكبِّر في صلاةِ الفجرِ يومَ عرفةَ إلى صلاةِ العصْرِ من آخريِ أيامِ التشريقِ؛ حين يُسَلِّمُ من المكتوبات.
Teks Bahasa Melayu
Baginda bertakbir pada solat Subuh hari Arafah sehingga solat Asar pada hari Tasyriq terakhir ketika baginda selesai memberi salam dalam solat fardhu.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 754, hadis no. 3861. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما-، قال: ((كان يكبر في صلاة الفجر يوم عرفة إلى صلاة العصر من آخري أيام التشريق؛ حين يسلم من المكتوبات)). [الطبراني في ((جز فضل عشر ذوالحجة))، قط، هق، ((الضعيفة)) (5578)]
(Palsu) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Baginda bertakbir pada solat Subuh hari Arafah sehingga solat Asar pada hari Tasyriq terakhir ketika baginda selesai memberi salam dalam solat fardhu. [Riwayat al-Tabarani dalam Juz Fadhl Asyr Zulhijjah, Sunan al-Daraqutni dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5578]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman