Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ يصافِحُ النِّساءَ وعلى يدِهِ ثَوبٌ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda bersalaman dengan wanita dengan dilapik pakaian di tangannya.
Sahabat Perawi
- Ibrahim
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 807, hadis no. 4158. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن إبراهيم، قال: ((كان يصافح النساء وعلى يده ثوب)). [عب، ((الضعيفة)) (5507)].
(Lemah) Daripada Ibrahim berkata: Baginda bersalaman dengan wanita dengan dilapik pakaian di tangannya. [Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5507]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman