Baginda bersabda : Wahai Abu al-Hasan, cintailah keduanya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: رأيت النبي صلى الله عليه وآله وسلم متكئا على علي رضي الله عنه، وإذا أبو بكر وعمر أقبلا فقال: يا أبا الحسن، أحبهما فبحبهما تدخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku melihat Nabi SAW bersandar kepada Ali RA, lalu Abu Bakar dan Umar datang. Lantas Baginda bersabda: Wahai Abu al-Hasan, cintailah keduanya kerana dengan mencintai mereka berdua, kamu akan masuk ke dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 338, hadis nombor 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن عبد الله بن أبي أوفى، وهو موضوع. وقد روى عن أبي هريرة، ولا يصح.

Al-Khatib meriwayatkannya daripada Abdullah bin Abi Aufa, ia adalah palsu. Diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah tetapi tidak sahih.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs