Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ مُتَّكِئًا عَلَى عَلِيٍّ رضي الله عنه، وَإِذَا أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ أَقْبَلا فَقَالَ: يَا أَبَا الْحَسَنِ، أَحِبَّهُمَا فبحبهما تَدْخُلِ الْجَنَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Aku melihat Nabi SAW bersandar kepada Ali RA, lalu Abu Bakar dan Umar datang. Lantas Baginda bersabda: Wahai Abu al-Hasan, cintailah keduanya kerana dengan mencintai mereka berdua, kamu akan masuk ke dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abi Aufa RA
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 338, hadis no. 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن عبد الله بن أبي أوفى، وهو موضوع. وقد روى عن أبي هريرة، ولا يصح.
Al-Khatib meriwayatkannya daripada Abdullah bin Abi Aufa, ia adalah palsu. Diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah tetapi tidak sahih.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman