Baginda berkhutbah pada hari Jumaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يخطب يوم الجمعة، ويوم الفطر، ويوم الأضحى على المنبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda berkhutbah pada hari Jumaat, hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha di atas mimbar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 352, hadis nombor 1861. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن اِبْنِ عَبَّاسٍ – رضي الله عنهما -، قَالَ: «كانَ يخطُبُ يومَ الجمُعةِ، ويومَ الفِطرِ، ويومَ الأضحى علَى المنبَرِ». [عزاه الهيثمي للطبراني في «الكبير»، «الضعيفة» (963)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: "Baginda berkhutbah pada hari Jumaat, hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha di atas mimbar". [Al-Haythami menisbahkannya kepada al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 963].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.