Daif

30/06/2024

minit bacaan



Baginda berkhutbah pada hari Jumaat

Teks Bahasa Arab

كانَ يخطُبُ يومَ الجمُعةِ، ويومَ الفِطرِ، ويومَ الأضحى علَى المنبَرِ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda berkhutbah pada hari Jumaat, hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha di atas mimbar.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 352, hadis no. 1861. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن اِبْنِ عَبَّاسٍ - رضي الله عنهما -، قَالَ: «كانَ يخطُبُ يومَ الجمُعةِ، ويومَ الفِطرِ، ويومَ الأضحى علَى المنبَرِ». [عزاه الهيثمي للطبراني في «الكبير»، «الضعيفة» (963)].

(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: "Baginda berkhutbah pada hari Jumaat, hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha di atas mimbar". [Al-Haythami menisbahkannya kepada al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 963].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.