Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صَافَحَ أَبَا جَهْلٍ. فَقِيلَ لِأَبِي جَهْلٍ: تَصَافَحَ هَذَا الصَّابِئُ؟! فَقَالَ: إِنِّي لَأَعْلَمُ أَنَّهُ لِنَبِيٍّ، وَلَكِنْ مَتَى كُنَّا تَبَعًا لِبَنِي عَبْدِ مَنَافٍ؟! قَالَ: فَنَزَلَتْ {فَإِنَّهُمْ لَا يُكَذِّبُونَكَ وَلَكِنَّ الظَّالِمِينَ بِآيَاتِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ}.
Teks Bahasa Melayu
Baginda berjabat tangan dengan Abu Jahal. Maka seseorang berkata kepada Abu Jahal: “Engkau berjabat tangan dengan Sabi’ ini ? Maka dia berkata : Sesungguhnya aku mengetahui yang dia ini seorang Nabi, akan tetapi sejak bila kita mengikut kepada Suku ‘Abd Manaf ? Baginda berkata : Maka turunlah ayat: kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).
Sahabat Perawi
- Abi Yazid al-Madani
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 160, hadis no. 797. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي يزيد المديني: أن النبي صلى الله عليه وسلم صافح أبا جهل. فقيل لأبي جهل: تُصَافِحُ هَذَا الصَّابِئَ؟! فَقَالَ: إِنِّي لأَعْلَمُ أَنَّهُ لَنَبِيٌّ، وَلَكِنْ مَتَى كُنَّا تَبَعًا لِبَنِي عَبْدِ مَنَافٍ؟! قال: فنزلت {فَإِنَّهُمْ لَا يُكَذِّبُونَكَ وَلَكِنَّ الظَّالِمِينَ بِآَيَاتِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ}. [((الضعيفة)) (6905)]
(Daif) Daripada Abi Yazid al-Madani: “Sesungguhnya Nabi SAW berjabat tangan dengan Abu Jahal. Maka seseorang berkata kepada Abu Jahal: “Engkau berjabat tangan dengan Sabi’ ini ? Maka dia berkata : Sesungguhnya aku mengetahui yang dia ini seorang Nabi, akan tetapi sejak bila kita mengikut kepada Suku ‘Abd Manaf ? Baginda berkata : Maka turunlah ayat: kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).” [Surah al-An’am: 33] [Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6905].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman