Baginda berdoa apabila selesai solatnya: Ya Allah! Dengan hak orang yang meminta kepada-Mu

TEKS BAHASA ARAB

كان يقول إذا قضى صلاته: اللّهمّ! بحق السائلين عليك؛ فإن للسّائل عليك حقا، أيما عبد أو أمة من أهل البر والبحر تقبلت دعوتهم، واستجبت دعاءهم: أن تشركنا في صالح ما يدعونك، وأن تشركهم في صالح ما ندعوك فيه، وأن تعافينا وإياهم، وأن تقبل منا ومنهم، وأن تجاوز عنا وعنهم؛ فإنّنا آمنا بما أنزلت واتبعنا الرسول، فاكتبنا مع الشاهدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda berdoa apabila selesai solatnya: “Ya Allah! Dengan hak orang yang meminta kepada-Mu, kerana sesungguhnya orang yang meminta kepada-Mu ada hak ke atas-Mu, mana-mana hamba lelaki mahupun perempuan, daripada kalangan penduduk darat dan lautan, yang Engkau kabulkan permohonan mereka dan Engkau perkenankan doa mereka: Agar engkau sertakan kami dalam kebaikan yang mereka doakan kepada-Mu, dan Engkau sertakan mereka dalam kebaikan yang kami doakan kepada-Mu; Engkau berikan afiat kepada kami dan mereka; Engkau terima amalan daripada kami dan mereka; Engkau abaikan kesalahan kami dan mereka. Kerana sesungguhnya kami telah beriman dengan apa yang Engkau turunkan dan kami telah mengikuti sang rasul, maka masukkanlah kami bersama orang-orang yang telah naik saksi.”

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 325, hadis nombor 1710. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدريّ – رضي الله عنه – قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يقول إذا قضى صلاته: ((اللّهمّ! بحق السائلين عليك؛ فإن للسّائل عليك حقا، أيما عبد أو أمة من أهل البر والبحر تقبلت دعوتهم، واستجبت دعاءهم: أن تشركنا في صالح ما يدعونك، وأن تشركهم في صالح ما ندعوك فيه، وأن تعافينا وإياهم، وأن تقبل منا ومنهم، وأن تجاوز عنا وعنهم؛ فإنّنا آمنا بما أنزلت واتبعنا الرسول، فاكتبنا مع الشاهدين)) [فر، ((الضعيفة)) (5986)].

(Sangat lemah) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA dia berkata: bahawa Rasulullah ﷺ berdoa apabila selesai solatnya: “Ya Allah! Dengan hak orang yang meminta kepada-Mu, kerana sesungguhnya orang yang meminta kepada-Mu ada hak ke atas-Mu, mana-mana hamba lelaki mahupun perempuan, daripada kalangan penduduk darat dan lautan, yang Engkau kabulkan permohonan mereka dan Engkau perkenankan doa mereka: Agar engkau sertakan kami dalam kebaikan yang mereka doakan kepada-Mu, dan Engkau sertakan mereka dalam kebaikan yang kami doakan kepada-Mu; Engkau berikan afiat kepada kami dan mereka; Engkau terima amalan daripada kami dan mereka; Engkau abaikan kesalahan kami dan mereka. Kerana sesungguhnya kami telah beriman dengan apa yang Engkau turunkan dan kami telah mengikuti sang rasul, maka masukkanlah kami bersama orang-orang yang telah naik saksi.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5986].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs