Baginda apabila melihat bulan sabit, Baginda membaca

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا رأى الهلالَ قال : ربي وربُّكَ اللهُ، آمنتُ بالذي أبداكَ ثم يعيدكَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda apabila melihat bulan sabit, Baginda membaca: Tuhanku adalah Allah, aku beriman kepada Tuhan yang memunculkan kamu kemudian Dia mengembalikan kamu.

STATUS

Sangat Lemah Sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1463, hadis nombor 7449. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد جداً) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعاً: ((كان إذا رأى الهلالَ قال : ربي وربُّكَ اللهُ، آمنتُ بالذي أبداكَ ثم يعيدكَ)) .[ابن السني، ((الضعيفة)) (3505)]

(Sangat Lemah Sanadnya)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda apabila melihat bulan sabit, Baginda membaca: Tuhanku adalah Allah, aku beriman kepada Tuhan yang memunculkan kamu kemudian Dia mengembalikan kamu.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3505]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.