Sangat Lemah Sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا رأى الهلالَ قال : ربي وربُّكَ اللهُ، آمنتُ بالذي أبداكَ ثم يعيدكَ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda apabila melihat bulan sabit, Baginda membaca: Tuhanku adalah Allah, aku beriman kepada Tuhan yang memunculkan kamu kemudian Dia mengembalikan kamu.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Lemah Sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1463, hadis no. 7449. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف الإسناد جداً) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعاً: ((كان إذا رأى الهلالَ قال : ربي وربُّكَ اللهُ، آمنتُ بالذي أبداكَ ثم يعيدكَ)) .[ابن السني، ((الضعيفة)) (3505)]
(Sangat Lemah Sanadnya) Daripada 'Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda apabila melihat bulan sabit, Baginda membaca: Tuhanku adalah Allah, aku beriman kepada Tuhan yang memunculkan kamu kemudian Dia mengembalikan kamu. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3505]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman