Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا دخل الخلاءَ قال: يا ذا الجلالِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda apabila mahu masuk ke dalam tempat membuang air, Baginda membaca: Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1479, hadis no. 7544. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - قالت: كان إذا دخل الخلاء قال:(( يا ذا الجلال)). [ ابن السني، ((الضعيفة)) (4188)]
(Lemah) Daripada 'Aishah RA, katanya: Baginda apabila mahu masuk ke dalam tempat membuang air, Baginda membaca: Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4188]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman