Baginda apabila ditimpa sakit mata, atau salah seorang sahabat Baginda yang ditimpa sakit mata

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أصابه رمد أو أحدا من أصحابه؛ دعا بهؤلاء الكلمات: ((اللهم متعني ببصري، واجعله الوارث مني، وأرني في العدو ثأري، وانصرني على من ظلمني)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda apabila ditimpa sakit mata, atau salah seorang sahabat Baginda yang ditimpa sakit mata, Baginda mengucapkan doa-doa ini: Ya Allah! Berikanlah kenikmatan kepadaku pada pandanganku dan jadikanlah ia pewaris daripadaku (tetap sihat hingga aku meninggal dunia), tunjukkan aku balas dendamku terhadap musuh dan bantulah aku menghadapi orang yang telah menzalimiku.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1478, hadis nombor 7535. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – قال: كان إذا أصابه رمد أو أحدا من أصحابه؛ دعا بهؤلاء الكلمات: ((اللهم متعني ببصري، واجعله الوارث مني، وأرني في العدو ثأري، وانصرني على من ظلمني)). [ابن السني، ك، ((الضعيفة)) (4172)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Baginda apabila ditimpa sakit mata, atau salah seorang sahabat Baginda yang ditimpa sakit mata, Baginda mengucapkan doa-doa ini: Ya Allah! Berikanlah kenikmatan kepadaku pada pandanganku dan jadikanlah ia pewaris daripadaku (tetap sihat hingga aku meninggal dunia), tunjukkan aku balas dendamku terhadap musuh dan bantulah aku menghadapi orang yang telah menzalimiku.
[Riwayat Ibn al-Sunni dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4172]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs