Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ إذا أصابَهُ رَمَدٌ أو أَحَداً من أَصْحَابِهِ؛ دَعا بهؤلاءِ الكَلِماتَ: ((اللهمَّ مَتَّعْني بِبَصري، واجْعَلْهُ الوارثَ مِنِّي، وأَرِني في العدوِّ ثأْرِي، وانْصُرني علَى مَنْ ظَلَمني)).
Teks Bahasa Melayu
Baginda apabila ditimpa sakit mata, atau salah seorang sahabat Baginda yang ditimpa sakit mata, Baginda mengucapkan doa-doa ini: Ya Allah! Berikanlah kenikmatan kepadaku pada pandanganku dan jadikanlah ia pewaris daripadaku (tetap sihat hingga aku meninggal dunia), tunjukkan aku balas dendamku terhadap musuh dan bantulah aku menghadapi orang yang telah menzalimiku.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1478, hadis no. 7535. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - قال: كان إذا أصابه رمد أو أحدا من أصحابه؛ دعا بهؤلاء الكلمات: ((اللهم متعني ببصري، واجعله الوارث مني، وأرني في العدو ثأري، وانصرني على من ظلمني)). [ابن السني، ك، ((الضعيفة)) (4172)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Baginda apabila ditimpa sakit mata, atau salah seorang sahabat Baginda yang ditimpa sakit mata, Baginda mengucapkan doa-doa ini: Ya Allah! Berikanlah kenikmatan kepadaku pada pandanganku dan jadikanlah ia pewaris daripadaku (tetap sihat hingga aku meninggal dunia), tunjukkan aku balas dendamku terhadap musuh dan bantulah aku menghadapi orang yang telah menzalimiku. [Riwayat Ibn al-Sunni dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4172]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman