Lemah secara marfu’
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يضحِّي بالشَّاةِ الواحدَةِ عن جميعِ أهلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda akan menyembelih seekor kambing bagi seluruh ahli keluarganya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Hisham RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah secara marfu’
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 409, hadis no. 2197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah Secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ)) Daripada Abdullah bin Hisham RA, beliau telah sempat bertemu dengan Nabi ﷺ ketika kecil, lalu baginda mengusap kepalanya dan berdoa untuknya. Beliau berkata: "Baginda akan menyembelih seekor kambing bagi seluruh ahli keluarganya". [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4276].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman