Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يَبدَأُ بالشرابِ إذا كان صائمًا، وكان لا يعبُّ، يشربُ مرتينِ أو ثلاثًا.
Teks Bahasa Melayu
Baginda akan memulakan dengan meminum air apabila baginda berpuasa. Baginda tidak minum sekali teguk, baginda minum dua atau tiga kali.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 421, hadis no. 2268. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أم سلمة - رضي الله عنها -، قالت: «كان يبدأ بالشراب إذا كان صائما، وكان لا يعب، يشرب مرتين أو ثلاثا». [طب، «الضعيفة» (5929)].
(Sangat Lemah) Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: "Baginda akan memulakan dengan meminum air apabila baginda berpuasa. Baginda tidak minum sekali teguk, baginda minum dua atau tiga kali." [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5929].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman