Baginda adalah orang yang elok jambangnya (sabalah). Sabalah (jambang) adalah salah satu nama janggut menurut orang Arab

TEKS BAHASA ARAB

كان حسن السبلة. وكانت العرب تسمي اللحية السبلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda adalah orang yang elok jambangnya (sabalah). Sabalah (jambang) adalah salah satu nama janggut menurut orang Arab.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1077, hadis nombor 5488. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جهضم بن الضحاك قال: مررت بالرجيع فرأيت به شيخا قالوا: هذه العداء بن خالد بن هوذة فقال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم. فقلت: صفه لي. قال: كان حَسَنَ السَّبَلَةِ. وكانت العرب تسمي اللحية: السَّبَلَةَ. [طب، الضعيفة (5927)]

(Lemah) Daripada Jahdam bin al-Dahhak, beliau menceritakan: Ketika aku melepasi al-Raji‘, aku ternampak seorang lelaki tua. Orang ramai mengatakan bahawa beliau adalah al-‘Ada’ bin Khalid bin Hawzah, beliau berkata: Aku melihat Rasulullah SAW. Aku berkata :Sifatkan Baginda kepadaku. Beliau menjawab: Baginda adalah orang yang elok jambangnya (sabalah). Sabalah (jambang) adalah salah satu nama janggut menurut orang Arab. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5927]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs