Baginda ﷺ mengutuskan Abu Musa dalam satu pasukan di lautan

TEKS BAHASA ARAB

بعث ﷺ أبا موسى سرية في البحر، فبينما هم كذلك قد رفعوا الشراع في ليلة مظلمة، إذا هاتف من فوقهم يهتف: يا أهل السفينه! قفوا أخبركم بقضاء قضاه الله على نفسه، قال أبو موسى: أخبرنا إن كنت مخبراً، قال: إن الله تبارك وتعالى قضى على نفسه أنه من أعطش نفسه له في يوم صائف؛ سقاه الله يوم العطش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda ﷺ mengutuskan Abu Musa dalam satu pasukan di lautan. Tatkala mereka dalam keadaan demikian, mereka mengangkat layar pada malam yang gelap. Tiba-tiba satu suara memanggil dari atas mereka: “Wahai ahli kapal! Berdirilah untuk aku khabarkan kepada kalian tentang suatu takdir yang telah Allah takdirkan buat diri-Nya”. Abu Musa berkata: “Beritahulah kepada kami sekiranya kamu mahu”. Ia menjawab: “Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi telah menetapkan buat diri-Nya bahawa sesungguhnya siapa yang membiarkan dirinya dahaga pada hari yang panas (berpuasa), nescaya Allah akan memberinya minum pada hari dahaga (kiamat)”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 572, hadis nombor 2957. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، أن رسول الله ﷺ بعث أبا موسى سرية في البحر، فبينما هم كذلك قد رفعوا الشراع في ليلة مظلمة، إذا هاتف من فوقهم يهتف: يا أهل السفينة! قفوا أخبركم بقضاء قضاه الله على نفسه، قال أبو موسى: أخبرنا إن كنت مخبرا، قال: إن الله – تبارك وتعالى – قضى على نفسه أنه من أعطش نفسه له في يوم صائف؛ سقاه الله يوم العطش. [البزار، «الضعيفة» (6748)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, bahawasanya baginda ﷺ mengutuskan Abu Musa dalam satu pasukan di lautan. Tatkala mereka dalam keadaan demikian, mereka mengangkat layar pada malam yang gelap. Tiba-tiba satu suara memanggil dari atas mereka: “Wahai ahli kapal! Berdirilah untuk aku khabarkan kepada kalian tentang suatu takdir yang telah Allah takdirkan buat diri-Nya”. Abu Musa berkata: “Beritahulah kepada kami sekiranya kamu mahu”. Ia menjawab: “Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi telah menetapkan buat diri-Nya bahawa sesungguhnya siapa yang membiarkan dirinya dahaga pada hari yang panas (berpuasa), nescaya Allah akan memberinya minum pada hari dahaga (kiamat)”. [Diriwayatkan oleh al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6748]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs