Baginda ﷺ biasanya membaca pada penghujung solat: Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa

TEKS BAHASA ARAB

كان يقول في دبر الصلاة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، [وهو حي لا يموت، بيده الخير]، وهو على كل شيء قدير، [ثلاث مرات].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda ﷺ biasanya membaca pada penghujung solat: “Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya. Milik-Nya segala kerajaan, milik-Nya jua segala pujian, [Dia Maha Hidup dan tidak mati, kebaikan itu di tangan-Nya], dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu, [sebanyak tiga kali].

STATUS

Shaz dengan penambahan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 325, hadis nombor 1712. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بالزيادتين، وصحيح جدا بدونهما) عن المغيرة بن شعبة – رضي الله عنه -، قال: «كان يقول في دبر الصلاة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، [وهو حي لا يموت، بيده الخير]، وهو على كل شيء قدير، [ثلاث مرات]». [طب، ابن السني، حم، ن، ابن خزيمة، ((الضعيفة)) (5598)].

(Shaz dengan dua penambahan. Namun sangat sahih tanpanya) Daripada al-Mughirah bin Shu‘bah RA, dia telah berkata: Baginda ﷺ biasanya membaca pada penghujung solat: “Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya. Milik-Nya segala kerajaan, milik-Nya jua segala pujian, [Dia Maha Hidup dan tidak mati, kebaikan itu di tangan-Nya], dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu, [sebanyak tiga kali].” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, Ibn al-Sunni dalam al-‘Amal al-Yawm wa al-Laylah, Ahmad dalam Musnadnya, al-Nasa’i dalam Sunannya dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5598].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs