Baginda ﷺ pernah berdoa pada penghujung solat zuhur: Ya Allah! Lepaskanlah al-Walid, Salamah bin Hisham, 'Ayyash bin Abu Rabi’ah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان ﷺ يدعو في دبر صلاة الظهر: اللهم! خلص الوليد، وسلمة بن هشام، وعياش بن أبي ربيعة، وضعفة المسلمين من أيدي المشركين الذين {لا يستطيعون حيلة ولا يهتدون سبيلا} [النساء: 98].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda ﷺ pernah berdoa pada penghujung solat zuhur: "Ya Allah! Lepaskanlah al-Walid, Salamah bin Hisham, ‘Ayyash bin Abu Rabi’ah dan orang-orang Islam yang lemah daripada genggaman orang-orang musyrik, yang mereka itu yang "tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah)" [Al-Nisa’: 98]

STATUS

Munkar dengan sebutan: "penghujung solat zuhur"

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 367, hadis nombor 1956. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: «دبر صلاة الظهر») عن ابي هريرة – رضي الله عنه -، قال: «كان ﷺ يدعو في دبر صلاة الظهر: اللهم! خلص الوليد، وسلمة بن هشام، وعياش بن أبي ربيعة، وضعفة المسلمين من أيدي المشركين الذين {لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا} [النساء:98]». [ابن جرير، «الضعيفة» (6630)].

(Munkar DenganSebutan: "penghujung solat zuhur") Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ pernah berdoa pada penghujung solat zuhur: "Ya Allah! Lepaskanlah al-Walid, Salamah bin Hisham, ‘Ayyash bin Abu Rabi’ah dan orang-orang Islam yang lemah daripada genggaman orang-orang musyrik, yang mereka itu yang "tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah)" [Al-Nisa’: 98]. [Riwayat Ibn Jarir al-Tabari. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6630].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.