Baginda ﷺ melarang daripada (makan) sembelihan orang Nasrani berbangsa Arab

TEKS BAHASA ARAB

نهى عن ذبيحة نصارى العرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda ﷺ melarang daripada (makan) sembelihan orang Nasrani berbangsa Arab.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 395, hadis nombor 2111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: «نهى عن ذبيحة نصارى العرب». [حل، عد، هق، «الضعيفة» (2351)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: "Baginda ﷺ melarang daripada (makan) sembelihan orang Nasrani berbangsa Arab". [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2351].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.