Baginda ﷺ gemar untuk menunaikan solat selepas tengah hari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان ﷺ يستحب أن يصلي بعد نصف النهار، فقالت عائشة: يا رسول الله! أراك تستحب الصلاة هذه الساعة؟! قال: تفتح فيها أبواب السماء، وينظر الله تبارك وتعالى بالرحمة إلى خلقه، وهي صلاة كان يحافظ عليها آدم، ونوح، وإبراهيم، وموسى، وعيسى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda ﷺ gemar untuk menunaikan solat selepas tengah hari. Lalu ‘Aishah bertanya: “Wahai Rasulullah! Aku melihatmu gemar solat pada waktu ini?” Baginda bersabda: “Ketika ini pintu-pintu langit dibuka dan Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi melihat kepada ciptaan-Nya dengan pandangan rahmat. Ia adalah solat yang dilazimi oleh Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.”

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 308, hadis nombor 1626. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدًا) عن ثوبان – رضي الله عنه -، قال: ((كان ﷺ يستحب أن يصلي بعد نصف النهار، فقالت عائشة: يا رسول الله! أراك تستحب الصلاة هذه الساعة؟! قال: تفتح فيها أبواب السماء، وينظر الله تبارك وتعالى بالرحمة إلى خلقه، وهي صلاة كان يحافظ عليها آدم، ونوح، وإبراهيم، وموسى، وعيسى)). [البزار، ((الضعيفة)) (5052)].

(Sangat lemah) Daripada Thauban RA, dia berkata: Baginda ﷺ gemar untuk menunaikan solat selepas tengah hari. Lalu ‘Aishah bertanya: “Wahai Rasulullah! Aku melihatmu gemar solat pada waktu ini?” Baginda bersabda: “Ketika ini pintu-pintu langit dibuka dan Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi melihat kepada ciptaan-Nya dengan pandangan rahmat. Ia adalah solat yang dilazimi oleh Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.” [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5052].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.