Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لِلْمَرْأَةِ عَشْرُ عَوَرَاتٍ يَسْتُرُ الزَّوْجُ مِنْهُنَّ عَوْرَةً وَاحِدَةً وَالْقَبْرُ سَائِرَهُنَّ.
Teks Bahasa Melayu
Bagi wanita itu ada 10 aurat, satu aurat ditutupi oleh suami dan selebihnya oleh kubur.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 76, hadis no. 324. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الجد: لم أقف عليه، وفي معناه نعم الكفو القبر.
Al-Jad berkata: "Saya belum menemui hadith tersebut. Semakna dengannya, ya (ada, iaitu): "Sekufu itu adalah kubur".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman