TEKS BAHASA ARAB
لكل أمة أجل، وإن أجل أمة محمد مئة سنة، قال: فإذا جازت المئة؛ أتاها ما وعدها الله به.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bagi setiap umat itu ada ajalnya, dan sesungguhnya ajal umat Muhammad ialah seratus tahun.” Baginda menambah: “Maka apabila ia melepasi seratus, akan datang kepadanya apa yang Allah telah janjikan kepadanya (kematian).
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1960, hadis nombor 9808. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن المستورد بن شداد – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: لكل أمة أجل، وإن أجل أمة محمد مئة سنة، قال: فإذا جازت المئة؛ أتاها ما وعدها الله به.
[طب، ع، (الضعيفة)) (7114)]
(Munkar)
Daripada al-Mustawrid bin Shaddad RA, beliau berkata: Baginda SAW bersabda: Bagi setiap umat itu ada ajalnya, dan sesungguhnya ajal umat Muhammad adalah seratus tahun. Baginda menambah: Maka apabila ia melepasi seratus, akan datang kepadanya apa yang Allah telah janjikan kepadanya (kematian).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 7114]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.