Bagi setiap sesuatu ada teras, dan teras takwa ialah hati sanubari golongan yang arif

TEKS BAHASA ARAB

لكل شيء معدن، ومعدن التقوى قلوب العارفين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagi setiap sesuatu ada teras, dan teras takwa ialah hati sanubari golongan yang arif.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1977, hadis nombor 9888. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لكل شيء معدن، ومعدن التقوى قلوب العارفين)).
[ابن الجوزي، خط، ((الضعيفة)) (1391)]

(Palsu) Daripada ‘Umar bin al-Khaṭṭāb RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bagi setiap sesuatu ada teras, dan teras takwa ialah hati sanubari golongan yang arif.
[Riwayat Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt, Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1391]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs