Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Bagi setiap sesuatu ada teras, dan teras takwa ialah hati sanubari golongan yang arif

Teks Bahasa Arab

لكلِّ شيءٍ مَعْدِنٌ، ومَعْدِنُ التقوى قلوبُ العارفينَ.

Teks Bahasa Melayu

Bagi setiap sesuatu ada teras, dan teras takwa ialah hati sanubari golongan yang arif.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1977, hadis no. 9888. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لكل شيء معدن، ومعدن التقوى قلوب العارفين)). [ابن الجوزي، خط، ((الضعيفة)) (1391)]

(Palsu) Daripada ‘Umar bin al-Khaṭṭāb RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bagi setiap sesuatu ada teras, dan teras takwa ialah hati sanubari golongan yang arif. [Riwayat Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt, Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1391]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.