TEKS BAHASA ARAB
لكل نبي خليل في أمته، وإن خليلي عثمان بن عفان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bagi setiap seorang Nabi ada seorang peneman dalam umatnya, dan sesungguhnya penemanku ialah Uthman bin Affan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1851, hadis nombor 9344. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه – مرفوعا: ((لِكُلِّ نبيٍّ خلِيلٌ في أمَّتِه، وإنَّ خَلِيلِي عثمان بن عفان)) . [حل، ((الضعيفة))، (4327)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Bagi setiap seorang Nabi ada seorang peneman dalam umatnya, dan sesungguhnya penemanku ialah Uthman bin Affan.”
[Riwayat Abu Nu‘aim dalam kitab Hilyahnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4327]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.