TEKS BAHASA ARAB
لكل شيء حصاد؛ وحصاد أمتي ما بين الستين إلى السبعين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bagi setiap perkara tempoh tuaiannya (matangnya), dan tempoh tuaian bagi umatku (kematian) adalah di antara umur enam puluh dan tujuh puluh.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1745, hadis nombor 8790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لكل شيء حصاد؛ وحصاد أمتي ما بين الستين إلى السبعين.)) [بلن عساكر، ((الضعيفة)) (4321)]
(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Bagi setiap perkara tempoh tuaiannya (matangnya), dan tempoh tuaian bagi umatku (kematian) adalah di antara umur enam puluh dan tujuh puluh.))
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4321].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.