TEKS BAHASA ARAB
لكل باب من أبوب البر باب من أبوب الجنة وإن باب الصوم يدعى الريان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bagi setiap perkara kebaikan ada pintu-pintunya yang tersendiri di syurga, dan sesungguhnya pintu puasa itu dinamakan sebagai al-Rayyan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1154, hadis nombor 5834. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لكل باب من أبوب البر باب من أبوب الجنة وإن باب الصوم يدعى الريان. [طب، الضعيفة (5939)]
(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Sahl bin Saad RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW bersabda: Bagi setiap perkara kebaikan ada pintu-pintunya yang tersendiri di syurga, dan sesungguhnya pintu puasa itu dinamakan sebagai al-Rayyan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5939]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.