Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لكُلِّ بابٍ من أبوبِ البِِّر بابٌ من أبوبِ الجَنَة، وإنْ بابَ الصَوْمِ يُدْعَى الرَّيَان.
Teks Bahasa Melayu
Bagi setiap perkara kebaikan ada pintu-pintunya yang tersendiri di syurga, dan sesungguhnya pintu puasa itu dinamakan sebagai al-Rayyan.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Saad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1154, hadis no. 5834. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لكل باب من أبوب البر باب من أبوب الجنة وإن باب الصوم يدعى الريان. [طب، الضعيفة (5939)]
(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Sahl bin Saad RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW bersabda: Bagi setiap perkara kebaikan ada pintu-pintunya yang tersendiri di syurga, dan sesungguhnya pintu puasa itu dinamakan sebagai al-Rayyan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5939]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman