TEKS BAHASA ARAB
لكل صائم عند فطره دعوة مستجابة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bagi setiap orang yang berpuasa itu,ketika berbuka ada satu waktu di mana doanya dimakbulkan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1143, hadis nombor 5779. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعاً: لِكُلِّ صَائِمٍ عند فِطْرِهِ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ. قال: فكان ابن عمر إذا أفطر قال: يا واسع المغفرة فاغفرلي. [عد، الضعيفة (4325)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Bagi setiap orang yang berpuasa itu,ketika berbuka ada satu waktu di mana doanya dimakbulkan. Nabi SAW bersabda: Wahai Ibn Umar! Apabila engkau berbuka puasa, ucapkanlah doa ini: Wahai Allah Yang Maha Pengampun! Ampunilah aku. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4325].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.