Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لِكُلِّ صَائِمٍ عند فِطْرِهِ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Bagi setiap orang yang berpuasa itu,ketika berbuka ada satu waktu di mana doanya dimakbulkan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1143, hadis no. 5779. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعاً: لِكُلِّ صَائِمٍ عند فِطْرِهِ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ. قال: فكان ابن عمر إذا أفطر قال: يا واسع المغفرة فاغفرلي. [عد، الضعيفة (4325)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Bagi setiap orang yang berpuasa itu,ketika berbuka ada satu waktu di mana doanya dimakbulkan. Nabi SAW bersabda: Wahai Ibn Umar! Apabila engkau berbuka puasa, ucapkanlah doa ini: Wahai Allah Yang Maha Pengampun! Ampunilah aku. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4325].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman