Bagi seorang yang solat itu tiga ciri

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

للمصلي ثلاث خصال: تتناثر الرحمة عليه من قدمه إلى أعنان السماء، وتحف به الملائكة من قرنه إلى أعنان السماء، وينادي المنادي: من يناجي ما انفتل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagi seorang yang solat itu tiga ciri: Bercucuran rahmat ke atasnya daripada kakinya sehingga naik ke langit dan para malaikat menaunginya daripada tanduknya (kepalanya) sehingga ke langit. Lalu ada pemanggil yang akan menyeru: Sesiapa yang bermunajat itu sama sekali tidak akan dibiarkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 296, hadis nombor 1559. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((للمصلي ثلاث خصال: تتناثر الرحمة عليه من قدمه إلى أعنان السماء، وتحف به الملائكة من قرنه إلى أعنان السماء، وينادي المنادي: من يناجي ما انفتل)).
[عبد الرزاق في ((الصلاح))، ((الضعيفة)) (4333)]

(Lemah) Daripada al-Hasan beliau berkata, Nabi SAW bersabda: Bagi seorang yang solat itu tiga ciri: Bercucuran rahmat ke atasnya daripada kakinya sehingga naik ke langit dan para malaikat menaunginya daripada tanduknya (kepalanya) sehingga ke langit. Lalu ada pemanggil yang akan menyeru: Sesiapa yang bermunajat itu sama sekali tidak akan dibiarkan.
[Riwayat Abd al-Razzaq dalam Kitab al-Solah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4333]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.