Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
للسَّائِلِ حَقٌّ، وإنْ جاءَ على فرَسٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bagi orang yang meminta itu ada haknya, walau dia datang dalam keadaan menaiki kuda.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 867, hadis no. 4430. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) “Bagi orang yang meminta itu ada haknya, walau dia datang dalam keadaan menaiki kuda.” Diriwayatkan dari hadis al-Husain bin Ali bin Abi Talib, dan Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Abbas, Anas bin Malik, al-Hirmas bin Ziyad dan Abu Hurairah RA. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Abu Daud dalam Sunan, Ahmad dalam Musnad, Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf , Abu Ya’la dalam Musnad , al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Zanjawaih dalam al-Amwal, al-Qudha'i dalam Musnad al-Syihab, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, Abu Ja’far al-Razzaz dalam Sittah Majalis min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1378].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman