Bagi setiap orang yang bersungguh-sungguh terdapat ganjarannya

TEKS BAHASA ARAB

لكل مجتهد نصيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagi setiap orang yang bersungguh-sungguh terdapat ganjarannya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 145, hadis nombor 244. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كلام بعضهم، وفي معناه: من جد وجد ومن لج ولج.

Daripada kalam sebahagian mereka. Dan padanya mengandungi makna: Sesiapa bersungguh-sungguh maka dia akan berjaya, dan sesiapa yang berusaha dia akan menuai hasil.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs