Bagi orang seperti Ja'far, menangislah orang yang mahu menangis

TEKS BAHASA ARAB

على مثل جعفر فلتبك الباكية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagi orang seperti Ja’far, menangislah orang yang mahu menangis

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 996, hadis nombor 5135. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أمه أسماء بنت عميس رضي الله عنها قالت: لما أصيب جعفر جاءني رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال:يا أسماء لا تقولي هجراً ولا تضربي صدراً قالت: وأقبلت فاطمة وهو يقول: يا ابن عماه فقال النبي ﷺ: على مثل جعفر فلتبك الباكية قالت: ثم عاج النبي ﷺ إلى أهله، فقال:اصنعوا لآل جعفر طعاماً فقد شغلوا اليوم. [عب، الضعيفة (3883)].

(Lemah) Daripada Asma’ binti Umais RA berkata: Ketika Ja’far dibunuh, Rasulullah SAW datang kepadaku dan bersabda: Wahai Asma’, janganlah engkau berkata perkara yang buruk serta janganlah engkau memukul dada (iaitu meratap). Kemudian Asma’ berkata: Kemudian Fatimah datang sedang baginda bersabda: Wahai sepupuku, lalu Nabi SAW bersabda: Bagi orang seperti Ja’far, menangislah orang yang mahu menangis. Asma’ berkata lagi: Kemudian Nabi SAW singgah menemui keluarganya lalu bersabda: Sediakanlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana sesungguhnya mereka sibuk pada hari ini. [Riwayat Musannaf Abdul Razzaq. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3883].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs