Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
على مثل جعفر فلتبك الباكية.
Teks Bahasa Melayu
Bagi orang seperti Ja'far, menangislah orang yang mahu menangis
Sahabat Perawi
- Asma' binti 'Umais RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 996, hadis no. 5135. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أمه أسماء بنت عميس رضي الله عنها قالت: لما أصيب جعفر جاءني رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال:يا أسماء لا تقولي هجراً ولا تضربي صدراً قالت: وأقبلت فاطمة وهو يقول: يا ابن عماه فقال النبي ﷺ: على مثل جعفر فلتبك الباكية قالت: ثم عاج النبي ﷺ إلى أهله، فقال:اصنعوا لآل جعفر طعاماً فقد شغلوا اليوم. [عب، الضعيفة (3883)].
(Lemah) Daripada Asma’ binti Umais RA berkata: Ketika Ja'far dibunuh, Rasulullah SAW datang kepaaku dan bersabda: Wahai Asma’, janganlah engkau berkata perkara yang buruk serta janganlah engkau memukul dada (iaitu meratap). Kemudian Asma’ berkata: Kemudian Fatimah datang sedang baginda bersabda: Wahai sepupuku, lalu Nabi SAW bersabda: Bagi orang seperti Ja'far, menangislah orang yang mahu menangis. Asma’ berkata lagi: Kemudian Nabi SAW singgah menemui keluarganya lalu bersabda: Sediakanlah makanan untuk keluarga Ja'far kerana sesungguhnya mereka sibuk pada hari ini. [Riwayat Musannaf Abdul Razzaq. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3883].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman