Bagi orang merdeka dua hari, bagi hamba satu hari

TEKS BAHASA ARAB

للحرة يومان، للأمة يوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagi orang merdeka dua hari, bagi hamba satu hari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 956, hadis nombor 4934. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن الأسود بن عويم الساعدي – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: للحرة يومان، للأمة يوم.
[أبو نعيم في ((معرفة الصحابة))، ابن مندة، ((الضعيفة))(5940)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada al-Aswad bin ‘Uwaim al-Sa’adi RA telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Bagi orang merdeka dua hari, bagi hamba satu hari.
[Abu Nu’aim dalam Ma’rifah al-Sahabah dan Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5940].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs