Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
للحُرَّةِ يومانِ وللأمةِ يومٌ.
Teks Bahasa Melayu
Bagi orang merdeka dua hari, bagi hamba satu hari.
Sahabat Perawi
- al-Aswad bin ‘Uwaim al-Sa’adi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 956, hadis no. 4934. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الأسود بن عويم الساعدي – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: للحرة يومان، للأمة يوم. [أبو نعيم في معرفة الصحابة، ابن مندة، الضعيفة(5940)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada al-Aswad bin ‘Uwaim al-Sa’adi RA telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Bagi orang merdeka dua hari, bagi hamba satu hari. [Abu Nu’aim dalam Ma’rifah al-Sahabah dan Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5940].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman