Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
للنَّارِ بابٌ لا يَدخلُ منهُ إلَّا مَن شفَى غيظَهُ بسخَطِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Bagi neraka itu ada pintu yang tidak akan masuk darinya melainkan orang yang hilang kemarahannya dengan kemurkaan Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 676, hadis no. 3479. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((للنار باب لا يدخل منه إلا من شفى غيظه بسخط الله)). [البزار، عق، ((الضعيفة)) (5246)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bagi neraka itu ada pintu yang tidak akan masuk darinya melainkan orang yang hilang kemarahannya dengan kemurkaan Allah. [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5246]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman