TEKS BAHASA ARAB
إن لإبراهيم الخليل ولأبي بكر الصديق لحية في الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bagi Nabi Ibrahim dan Abu Bakar al-Siddiq janggut di syurga.
STATUS
Tidak sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 66, hadis nombor 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لم يصح. وكذا ما قيل في حق موسى وهارون وآدم عليهم السلام.
Tidak sahih. Begitu juga yang disebutkan tentang Nabi Musa, Nabi Harun dan Nabi Adam AS.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.