Bagi kuda yang dilepaskan (untuk meragut rumput), setiap kuda dikenakan satu dinar (zakat)

TEKS BAHASA ARAB

في الخيل السائمة في كل فرس دينار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagi kuda yang dilepaskan (untuk meragut rumput), setiap kuda dikenakan satu dinar (zakat).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 59, hadis nombor 327. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Ghawrak, beliau seorang Saqit al-Hadith (perawi yang gugur kelayakan hadithnya) lagi dusta, bercanggah dengan hadith yang sahih bahawa tidak wajib zakat kepada seseorang Muslim pada hambanya dan kudanya. Hadith-hadith seumpama ini direka oleh orang yang Allah hilangkan agamanya kerana taksub kepada hawa nafsu dan pendapat.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.