Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فِي الخَيْلِ السَّائِمَةِ فِي كُلِّ فَرَسٍ دِينَارٌ.
Teks Bahasa Melayu
Bagi kuda yang dilepaskan (untuk meragut rumput), setiap kuda dikenakan satu dinar (zakat).
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 59, hadis no. 327. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Ghawrak, beliau seorang Saqit al-Hadith (perawi yang gugur kelayakan hadithnya) lagi dusta, bercanggah dengan hadith yang sahih bahawa tidak wajib zakat kepada seseorang Muslim pada hambanya dan kudanya. Hadith-hadith seumpama ini direka oleh orang yang Allah hilangkan agamanya kerana taksub kepada hawa nafsu dan pendapat.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman