TEKS BAHASA ARAB
للرجال حواري ، وللنساء حوارية فحواري الرجال الزبير ، وحوارية النساء عائشة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bagi golongan lelaki terdapat pengikut setia dan bagi golongan wanita terdapat pengikut setia. Maka pengikut setia lelaki ialah al-Zubair manakala pengikut setia wanita ialah ‘Aisyah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1851, hadis nombor 9345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن يزيد بن أبي حبيب مرفوعا مرسلا: ((للرجال حواريّ، وللنساء حواريّة، فحواري الرجال الزُّبير، وحوارية النساء عائشة)). [ابن عساکر، ((الضعيفة))، (4330)].
(Palsu) Daripada Yazid bin Abu Habib dengan sanad mursal secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bagi golongan lelaki terdapat pengikut setia dan bagi golongan wanita terdapat pengikut setia. Maka pengikut setia lelaki ialah al-Zubair manakala pengikut setia wanita ialah ‘Aisyah.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4330]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.