Bagi buah anggur itu ada tujuh fungsi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: في العنب خمسة خلال: تأكلونه عنبا وتشربونه عصيرا مالم ينش وتتخذون منه زبيبا وربا وخلا.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bagi buah anggur itu ada tujuh fungsi: Engkau boleh memakannya sebagai buah anggur, engkau boleh meminumnya sebagai jus, selagi ia tidak kering, engkau boleh mengambil darinya sebagai kismis, sirap dan cuka.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 160, hadis nombor 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه العقيلي عن أبي هريرة مرفوعا وفي إسناده: إسحاق بن وهب العلاف كذاب وفيه أيضا: من لا يعرف.

Al-‘Uqaili meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), pada sanadnya terdapat Ishak Bin Wahab al-Alaf seorang pendusta dan pada sanadnya juga ada dikalangan perawi yang tidak diketahui.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs