Bagaimanakah keadaan tilam Rasulullah SAW di dalam rumah kamu?

TEKS BAHASA ARAB

ردوه لحالته الأولى؛ فإنه منعتني وطاءته صلاتي الليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kembalikanlah ia kepada keadannya yang awal, kerana sesungguhnya keselesaannya telah menghalangku dari bangun mendirikan solat malam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 297, hadis nombor 1564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جعفر بن محمد عن أبيه، قال: سئلت عائشة: ما كان فراش رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في بيتك؟ قالت: من أدم حشوه من ليف. وسئلت حفصة: ما كان فراش رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في بيتك؟ قالت: مسحا نثنيه ثنيتين فينام عليه. فلما كان ذات ليلة قلت: لو ثنيته أربع ثنيات لكان أوطأ له، فثنيناه له بأربع ثنيات. فلما أصبح قال: ((ما فرشتموا لي الليلة؟!)). قال: قلنا: هو فراشك؛ إلا أننا ثنيناه بأربع ثنيات؛ قلنا: هو أوطأ لك. قال: ((ردوه لحالته الأولى؛ فإنه منعتني وطاءته صلاتي الليلة)).
[ت في ((الشمائل))، ((الضعيفة)) (4877)]

(Lemah) Daripada Ja’far bin Muhammad daripada bapanya beliau berkata : ‘Aisyah ditanya: Bagaimanakah keadaan tilam Rasulullah SAW di dalam rumah kamu? Beliau menjawab: Ia daripada kulit yang telah disamak dan juga sabut dari pokok kurma. Kemudian ditanyakan kepada Hafsah: Bagaimanakah keadaan tilam Rasulullah SAW di dalam rumah kamu? Beliau menjawab: Ia adalah pakaian keras yang diperbuat daripada bulu yang kami lipatnya kepada dua bahagian, lalu baginda tidur di atasnya. Apabila sampai waktu malam tersebut, aku berkata: Kalaulah aku lipat sebanyak empat lapis, itu lebih memberikan keselesaan kepada baginda. Maka kami pun menjadikannya sebanyak empat lapisan. Sebaik sahaja baginda bangun pada waktu pagi, baginda bertanya: Apa yang kamu jadikan sebagai tempat tidurku pada malam tadi? Mereka menjawab: Ia adalah tempat tidur kamu wahai Rasulullah. Cuma kami lipat kepada empat lapis. Baginda berkata: Kembalikanlah ia kepada keadannya yang awal, kerana sesungguhnya keselesaannya telah menghalangku dari bangun mendirikan solat malam.
[Riwayat al-Tirmizi dalam al-Shama’il. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4877]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs