Bagaimanakah keadaan kamu sekiranya kamu berada dalam kalangan kaum yang telah hilang perjanjian mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كيف أنتم إذا كنتم في قوم قد درست عهودهم، ومرجت أماناتهم، وصاروا حثالة هكذا – وشبك بين أصابعه – قالوا: كيف نصنع يا رسول الله؟ قال: صبرا صبرا، خالقوا الناس بأخلاقهم، وخالفوهم بأعمالهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagaimanakah keadaan kamu sekiranya kamu berada dalam kalangan kaum yang telah hilang perjanjian mereka, telah rosak amanah mereka, dan mereka menjadi hina seperti ini – lalu Baginda menggenggam kedua tangan dan menyilangkan jari jemari – Kemudian mereka berkata: Bagaimanakah yang sepatutnya kami lakukan wahai Rasulullah?. Baginda menjawab: Sabar, sabar. Bergaullah dengan orang ramai mengikut akhlak mereka, dan hendaklah kamu menyelisihi (tidak terikut-ikut dengan) amalan mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 180, hadis nombor 922. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ثوبان – رضي الله عنه – عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: كيف أنتم إذا كنتم في قوم قد درست عهودهم، ومرجت أماناتهم، وصاروا حثالة هكذا – وشبك بين أصابعه – قالوا: كيف نصنع يا رسول الله؟ قال: ((صبرا صبرا، خالقوا الناس بأخلاقهم، وخالفوهم بأعمالهم)). [عق، ((الضعيفة)) (1187)]

(Sangat Lemah)
Daripada Tsauban RA: Rasulullah SAW bersabda: Bagaimanakah keadaan kamu sekiranya kamu berada dalam kalangan kaum yang telah hilang perjanjian mereka, telah rosak amanah mereka, dan mereka menjadi hina seperti ini – lalu Baginda menggenggam kedua tangan dan menyilangkan jari jemari – Kemudian mereka berkata: Bagaimanakah yang sepatutnya kami lakukan wahai Rasulullah?. Baginda menjawab: Sabar, sabar. Bergaullah dengan orang ramai mengikut akhlak mereka, dan hendaklah kamu menyelisihi (tidak terikut-ikut dengan) amalan mereka.
[Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah,no.1187]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.